Friday, November 13, 2009

JEJAK - JEJAK KE JENGKA TIGA

MENJEJAKI TUAN ZALEHA DI JENGKA TIGA

Pada hari ini 13/11/2009 (Jumaat ) kami berempat - Saya , Cikgu Alias , Cikgu Wan Hapandi dan En. Ali telah ke Jengka Tiga Pahang untuk menemui Tuan Zaleha tuan punya tanah di Batu Tiong untuk dijadikan tapak sekolah menengah yang akan digabungkan dengan tanah yang telah dihadiahkan oleh isteri En. Ali  untuk di bangunkan sekolah menengah. Kami bertolak seawal 7.20 pagi dan sampai di J3 lebih kurang pukul 11.12 pagi.

Alhamdulillah , di J3 kami dapat menemui rumah Tuan Zaleha , tetapi beliau tidak ada dirumah. Kami hanya berbincang dengan anak lelakinya yang baik hati iaitu Raja Zamani . Kami dilayan sebagai tetamu oleh keluarga tersebut. Alhamdilillah. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada  pegawai koperasi Jengka Tiga yang telah menunjukan jalan ke rumah Tuan Zaleha .Terima kasih.  Di bawah ini dirakamkan beberapa keping gambar untuk kenangan :


En Ali di rumah Cikgu Alias


Dalam perjalanan ke Jengka Tiga melalui jalan lama , hujan sangat lebat.





Rumah Tuan Zaleha dapat dijumpai. tetapi kami hanya berjumpa dengan anaknya Raja Zamani.



Selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Maran



Wan Hapandi selepas solat Jumaat


Perjalanan pulang melalui LPT

No comments:

Post a Comment