Wednesday, November 25, 2009

MEMBERSIH BANGUNAN SEKOLAH

Pada 23/11/2009 kami bertiga ( Mohd Amin , Alias Harun dan Wan Hapandi ) telah membersih bangunan rumah kayu yang sedang diubahsuai. Kami telah bersih longkang dan sekitarnya.


Alias dan Wan Hapandi sedang membersih longkang. kuat kerja dia dua orang niii.


Kuat , kuat ... biar bersih sekolah kita.


Proses membuat sutoh , atap sedang di pasang dibahagian hadapan bangunan.


Bincang molek.


Keadaan lebih bersih.


Bahagian belakang bangunan kayu. Bahagian ini akan dibuat dapur.

Sekian buat masa ini.

Thursday, November 19, 2009

HARI IHTIFAL SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU ZAINAL ABIDIN DUNGUN

Pada 18 / 11 / 2009 Sabtu telah diadakan Ihtifal SRABZA kali ke 4 di Dewan Perpustaan Dungun. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Rais. Kedatangan ibubapa adalah memuaskan.
Perasmian majlis ini di lakukan oleh Yang Berbahagia Ustaz haji Abd Wahab bin Yunus iaitu Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRABZA yang juga seorang tokoh sejarah tempatan yang terkenal. Bersama ini adalah gambar-gambar pada hari tersebut.







 Kedatangan murid diambil oleh guru.




  
Cikgu Diha - Pemangku Guru Besar 


  

  
Majlis sedang mendengar Alunan AlQuran oleh murid SRABZA 


  
Pemangku Guru Besar sedang berucap 


  
Tuan Haji Abd Wahab Yunus merasmikan Ihtifal SRABZA 2009  


  
Tuan Haji Zabidi -Pengerusi PIBG SRABZA sedang menyampaikan hadiah. 


  
Persembahan murid 


  
Bersedia untuk persembahan 



  
Diantara tenaga pengajar SRABZA


  
Pemangku GB sedang menyampaikan hadiah. 




Friday, November 13, 2009

JEJAK - JEJAK KE JENGKA TIGA

MENJEJAKI TUAN ZALEHA DI JENGKA TIGA

Pada hari ini 13/11/2009 (Jumaat ) kami berempat - Saya , Cikgu Alias , Cikgu Wan Hapandi dan En. Ali telah ke Jengka Tiga Pahang untuk menemui Tuan Zaleha tuan punya tanah di Batu Tiong untuk dijadikan tapak sekolah menengah yang akan digabungkan dengan tanah yang telah dihadiahkan oleh isteri En. Ali  untuk di bangunkan sekolah menengah. Kami bertolak seawal 7.20 pagi dan sampai di J3 lebih kurang pukul 11.12 pagi.

Alhamdulillah , di J3 kami dapat menemui rumah Tuan Zaleha , tetapi beliau tidak ada dirumah. Kami hanya berbincang dengan anak lelakinya yang baik hati iaitu Raja Zamani . Kami dilayan sebagai tetamu oleh keluarga tersebut. Alhamdilillah. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada  pegawai koperasi Jengka Tiga yang telah menunjukan jalan ke rumah Tuan Zaleha .Terima kasih.  Di bawah ini dirakamkan beberapa keping gambar untuk kenangan :


En Ali di rumah Cikgu Alias


Dalam perjalanan ke Jengka Tiga melalui jalan lama , hujan sangat lebat.





Rumah Tuan Zaleha dapat dijumpai. tetapi kami hanya berjumpa dengan anaknya Raja Zamani.



Selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Maran



Wan Hapandi selepas solat Jumaat


Perjalanan pulang melalui LPT

Thursday, November 5, 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU ZAINAL ABIDIN

SRABZA


SEKOLAH RENDAH AGAMA  BERSEPADU  ZAINAL ABIDIN ( S R A B Z A )





1.0                LATARBELAKANG

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA) telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk memberi pilihan kepada ibubapa yang ingin mendidik anak anak mereka secara bersepadu di antara Pendidikan Akademik dan juga Pendidikan Agama.

Sokolah ini di asaskan dengan pengambilan pelajar tahun satu seramai 25 orang. Bangunan tempat belajar telah di berikan secara percuma oleh Ybg Tuan Hj Abdul Wahab Yunus di Wisma Haji Wahab.

Di atas usaha ahli lembaga pengurusan dan dengan pertolongan Allah, Satu bangunan yang kekal milik sekolah telah di perolehi melalui pembeliansatu unit bangunan milik Ybg Dato Awang Jabar dan juga 1 unit bangunan derma dari beliau.

Sehingga Sekarang ini jumlah pelajar adalah seramai 150 orang murid dengan jumlah guru seramai 14 orang dan kelas sebanyak 7 kelas. Di bawah ini adalah bangunan-bangunan kepnyaan SRABZA . Bangunan konkrit adalah bangunan yang menempatkan bilik darjah dan bangunan kayu adalah blok untuk pentadbiran.