Wednesday, November 24, 2010

TARIKH PENDAFTARAN BARU SRABZA 2011

Tarikh pendaftaran :

29 Disember 2010 :  pendaftaran untuk murid Tahun Satu 2011
30 Disember 2010 : pendaftaran untuk murid Tahun 2 - Tahun 6
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin Dungun

TEMPAT SANGAT TERHAD, DAFTAR SEBELUM TERLAMBAT

Tuesday, November 16, 2010

NAMA MURID SRABZA YANG MENDAPAT LIMA(5) A UPSR 2010

1. MUHAMMAD ARIF BIN MOHAMMAD ZAMRI - 5 A
2. NUR AZIRA BINTI AZMI  - 5 A

KELULUSAN MENGIKUT MATA PELAJARAN

BM ( PEMAHAMAN )   - 17 ORANG ( 100%)
BM(PENULISAN)        - 17 ORANG  (100%)
B INGGERIS                - 14 ORANG  (82.4)
MATEMATIK               - 17 ORANG (100%)
SAINS                           - 17 ORANG (100% )



PERATUS KELULUSAN  - 82.4 %

Ahli Lembaga Pengurus SRABZA dan guru berbangga dengan anda.
Semoga Allah memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua

Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH ! KEJAYAAN PELAJAR SRABZA UPSR 2010

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA)  Dungun Terengganu telah berjaya  mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010 yang diumumkan hari ini(11/11/2010). Peratus kelulusan semua mata pelajaran adalah 82 %.  Sekolah ini telah menghasilkan 2 orang yang mendapat 5A disamping 3 orang 4A 1B.

Seramai 17 orang  calon UPSR 2010, merupakan golongan pertama dari SRABZA  yang menduduki ujian tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi UPSR. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dungun yang telah memberi kerjasama yang baik dan bermakna kepada sekolah dan pelajar UPSR sekolah ini.

Kepada ibubapa/penjaga yang telah memberi kepercayaan kepada sekolah ini untuk mendidik anak-anak  mereka diucapkan terima kasih. Pihak sekolah akan terus memberi komitmen yang tinggi dan memberi semaksima pendidikan  kepada murid-muridnya untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.

Di bawah ini adalah beberapa keping foto yang merakamkan saat peristiharan keputusan oleh Guru Besar SRABZA  Tuan Haji Sulong bin Muda pagi tadi (11/11/2010-Khamis )

 Guru Besar bersama dengan 2 orang pelajar 5 A UPSR

 Sebahagian daripada ibubapa yang hadir untuk mengetahui keputusan UPSR 2010

 Salah calon yang mendapat keputusan daripada PK 1

Tahniah Pelajar 5A UPSR 2010 SRABZA

Calon UPSR 2010 SRABZA

Pelajar UPSR 2010 bersama dengan guru kelasnya


Selamat berjaya kepada semua pelajar UPSR 2010.

Tuesday, November 2, 2010

KENANGAN SAMBUTAN HARIRAYA AIDILFITRI 2010 PERINGKAT SEKOLAH

Di bawah ini beberapa keping gambar kenangan sempena sambutan Aidilfitri peringkat sekolah yang diadakan beru-baru ini di perkarangan sekolah .





















Dipanjangkan umor oleh Allah tahun hadapan berjumpa lagi.